♥ TIP menjadi terkenal dalam kalangan TEMAN ;) ♥

Menjadi seorang yang peramah
 Jadilah seorang yang peramah , mudah didekati dan mudah diajak . Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semula jadi , orang lain akan berasa selesa di sampingnya . Maka ambillah inisiatif ini terlebih dahulu untuk menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara . Dengan cara ini , seseorang itu terlihat lebih peramah . Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja .


Jadilah diri sendiri
 Cuba jadi diri kita sendiri dan jangan meniru gaya orang lain yang kita rasa POPULAR . Setiap personaliti yang baik akan membuatkan orang menyenagi sikap kita . Sebaliknya , dengan meniru gaya orang lain hubungan persahabatan takkan kekal lama . Hal ini adalah untuk mengelak daripada rakan menuduh kita bersifat pura-pura . Jangan lupa bahawa kamu adalah kamu . Oleh itu jadilah diri kita yang sebenarnya .


Pendengar yang baik/setia
Jadilah seorang pendengar yang baik . Apabila orang lain sedang berkongsi , beri peluang kepadanya untuk mengucapkannya sampai habis . Jangan pula kita yang menguasai setiap perbualan . Memang benar , agak sukar untuk menjadi seorang pendengar yang setia tapi melalui sikap ini hubungan kita dengan rakan akan bertambah akrab . Jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa tapi tidak bercakap langsung ! Ini akan menimbulkan rasa bosan pada rakan kita itu .


Aktif
♥ Sentiasa penuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan positif . Melalui aktiviti-aktiviti ini , secara tidak langsung , kita akan dapat menambah kenalan baru .


Hindari tekanan
♥ Setiap orng tidak dapat lari dari tekanan / 'tension' . Jangan jadikan masalah ini pengahalang hubungan antara kita dengan rakan . Oleh itu cuba elakkan dari mengahadapi tekanan . Jangan bebankan masalah yang kita hadapi kepada rakan kita . Seorang yang baik tidak kaan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya .


Peranan Mata
♥ Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara , pandang ke arahnya terutama pada mata . Dalam hal ini , menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya . Denagn cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra . Jangan memandang ke arah lain kerana kita seolah-olah tidak menyenangi kehadirannya/tidak menyukainya .

No comments:

Post a Comment