♥ RAHSIA PASANGAN IDEAL ♥

No.1

-Tarikh lahir 1 , 10 dan 28 .

Anda sangat cerdik , jujur , lucu , degil , rajin , terus-terang , cemburu dalam asas pertandingan , baik hati , peramah & autoriti . Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan . Anda seorang yang berdikari , berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain . Anda akan BERCINTA dalam usia yang muda tapi akan BERKAHWIN pada usia yang matang . Anda tidak suka orang yang bertentangan pendapat dengan anda . Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda . Anda seorang yang kuat belanja . Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi . Namun terdapat juga orang yang berkecil hati dengan pencapaian anda . Anda mempunyai keluarga yang bahagia . Pasangan ideal anda adalah no. 4 , 6 , 8 .

p/s : act , 28 ialah TARIKH LAHIR aku ;)

♥ okay , korang nak tahu kononnya PASANGAN IDEAL aku punya SIFAT lak ? okay , wait the minute .

No. 4

-Tarikh lahir 4 , 13 , 22 dan 31 .

Anda adalah seorang yang amat DEGIL dan RAJIN . Mungkin anda akan menjauhkan diri daripada orang lain kerana kata-kata anda . Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain . Anda berbakat dalam penyelidikan & seni. Anda akan membantu ahli keluarga/kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang . Anda perlu berhati-hati dengan orang di sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda . Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa & wang ringgit anda & selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila anda sudah tiada nilai buat mereka . Walaubagaimanapun , anda adalah seorang yang penyabar & tegas . Pasangan ideal anda adalah no. 1 & 8 .


No. 6

-Tarikh lahir 6 , 15 dan 24 .

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini . Anda tidak pedulikan apa-apa perkara & hanya ingin berseronok . Anda sangat pandai dalam pelajaran & pengurusan perniagaan . Anda seorang yang genius , baik hati *tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik . Anda seorang yang mengambil berat terhadap keluarga & kawan-kawan anda . Pada pandangan mereka , anda adalah seorang yang murah hati , peramah , adil dan saksama & mempunyai penilaian yang tajam . Pasangan ideal anda adalah no. 1 , 3 dan 9 .

No. 8

-Tarikh lahir 8 , 17 dan 26 .

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tiada orang yang memahami anda . Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu perkara . Anda juga mempunyai pelbagai dugaan dalam hidup . Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat & tabah . Anda memperjuangkan keadilan . Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama dengan kawan-kawan . Anda seorang yang berdisiplin dalam hidup , tidak mudah putus asa & berani . Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan . Anda juga adalah seorang ahli pasukan , keluarga & pejuang yang sangat bagus . Pasangan ideal anda adalah no. 1 dan 4 .


*HAHA , look ? kelakar ann ? act , aku tak lerr pecaye sangat benda neh . just fer sharing jo ^^ peace :DD

No comments:

Post a Comment