♥ Simpan gambarnya . Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia sudah tidak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar , tapi usah dibiarkan . Bahaya tu ! Bermakna kenangan antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya . ♥
♥ Sikapnya sering berubah-ubah . Semalam layanan yang diberikan cukup mesra . Hari ini , dia seolah-olah cuba menjauhkan diri . Jika ini berlaku , bermakna dia masih terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman wanitanya . ♥
♥ Berpura-pura gembira . Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasihnya ialah dengan berpura-pura gembira . Dia bersikap sperti tiada apa-apa yang berlaku , sedangkan dia sebenarnya sedang menahan rasa sedih . ♥
♥ Dia mengajak kamu membina hubungan yang lebih serius dengan tergesa-gesa . Misalnya , berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak menjalin hubungan yang serius . Dia sebenarnya cuba menutup perasaan bahawa dirinya masih berbelah bagi dan untuk menyelamatkan keadaan , dia cuba membina komitmen baru . ♥
No comments:
Post a Comment