♥ TIP menjadi terkenal dalam kalangan TEMAN ;) ♥

Menjadi seorang yang peramah
 Jadilah seorang yang peramah , mudah didekati dan mudah diajak . Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semula jadi , orang lain akan berasa selesa di sampingnya . Maka ambillah inisiatif ini terlebih dahulu untuk menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara . Dengan cara ini , seseorang itu terlihat lebih peramah . Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja .


Jadilah diri sendiri
 Cuba jadi diri kita sendiri dan jangan meniru gaya orang lain yang kita rasa POPULAR . Setiap personaliti yang baik akan membuatkan orang menyenagi sikap kita . Sebaliknya , dengan meniru gaya orang lain hubungan persahabatan takkan kekal lama . Hal ini adalah untuk mengelak daripada rakan menuduh kita bersifat pura-pura . Jangan lupa bahawa kamu adalah kamu . Oleh itu jadilah diri kita yang sebenarnya .


Pendengar yang baik/setia
Jadilah seorang pendengar yang baik . Apabila orang lain sedang berkongsi , beri peluang kepadanya untuk mengucapkannya sampai habis . Jangan pula kita yang menguasai setiap perbualan . Memang benar , agak sukar untuk menjadi seorang pendengar yang setia tapi melalui sikap ini hubungan kita dengan rakan akan bertambah akrab . Jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa tapi tidak bercakap langsung ! Ini akan menimbulkan rasa bosan pada rakan kita itu .


Aktif
♥ Sentiasa penuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan positif . Melalui aktiviti-aktiviti ini , secara tidak langsung , kita akan dapat menambah kenalan baru .


Hindari tekanan
♥ Setiap orng tidak dapat lari dari tekanan / 'tension' . Jangan jadikan masalah ini pengahalang hubungan antara kita dengan rakan . Oleh itu cuba elakkan dari mengahadapi tekanan . Jangan bebankan masalah yang kita hadapi kepada rakan kita . Seorang yang baik tidak kaan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya .


Peranan Mata
♥ Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara , pandang ke arahnya terutama pada mata . Dalam hal ini , menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya . Denagn cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra . Jangan memandang ke arah lain kerana kita seolah-olah tidak menyenangi kehadirannya/tidak menyukainya .

Kenapa Perempuan Masih Teringat Kat Ex-Bf?


DALAM BAB NI, LEBIH DITUMPUKAN KEPADA PEREMPUAN YANG ADA BF ATAU PASANGAN YANG BARU . KALAU STILL SINGLE TU BAB LAIN YA.
1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.
Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.
2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.
Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.
3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidang terjun
Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu
4.Anda benci Lelaki
Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!
5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!
Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud

♥ RAHSIA PASANGAN IDEAL ♥

No.1

-Tarikh lahir 1 , 10 dan 28 .

Anda sangat cerdik , jujur , lucu , degil , rajin , terus-terang , cemburu dalam asas pertandingan , baik hati , peramah & autoriti . Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan . Anda seorang yang berdikari , berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain . Anda akan BERCINTA dalam usia yang muda tapi akan BERKAHWIN pada usia yang matang . Anda tidak suka orang yang bertentangan pendapat dengan anda . Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda . Anda seorang yang kuat belanja . Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi . Namun terdapat juga orang yang berkecil hati dengan pencapaian anda . Anda mempunyai keluarga yang bahagia . Pasangan ideal anda adalah no. 4 , 6 , 8 .

p/s : act , 28 ialah TARIKH LAHIR aku ;)

♥ okay , korang nak tahu kononnya PASANGAN IDEAL aku punya SIFAT lak ? okay , wait the minute .

No. 4

-Tarikh lahir 4 , 13 , 22 dan 31 .

Anda adalah seorang yang amat DEGIL dan RAJIN . Mungkin anda akan menjauhkan diri daripada orang lain kerana kata-kata anda . Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain . Anda berbakat dalam penyelidikan & seni. Anda akan membantu ahli keluarga/kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang . Anda perlu berhati-hati dengan orang di sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda . Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa & wang ringgit anda & selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila anda sudah tiada nilai buat mereka . Walaubagaimanapun , anda adalah seorang yang penyabar & tegas . Pasangan ideal anda adalah no. 1 & 8 .


No. 6

-Tarikh lahir 6 , 15 dan 24 .

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini . Anda tidak pedulikan apa-apa perkara & hanya ingin berseronok . Anda sangat pandai dalam pelajaran & pengurusan perniagaan . Anda seorang yang genius , baik hati *tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik . Anda seorang yang mengambil berat terhadap keluarga & kawan-kawan anda . Pada pandangan mereka , anda adalah seorang yang murah hati , peramah , adil dan saksama & mempunyai penilaian yang tajam . Pasangan ideal anda adalah no. 1 , 3 dan 9 .

No. 8

-Tarikh lahir 8 , 17 dan 26 .

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tiada orang yang memahami anda . Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu perkara . Anda juga mempunyai pelbagai dugaan dalam hidup . Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat & tabah . Anda memperjuangkan keadilan . Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama dengan kawan-kawan . Anda seorang yang berdisiplin dalam hidup , tidak mudah putus asa & berani . Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan . Anda juga adalah seorang ahli pasukan , keluarga & pejuang yang sangat bagus . Pasangan ideal anda adalah no. 1 dan 4 .


*HAHA , look ? kelakar ann ? act , aku tak lerr pecaye sangat benda neh . just fer sharing jo ^^ peace :DD

Tawan hati dengan PERTUTURAN

♥ Salam

♥ Perkataan yang Baik

♥ Pertuturan Terang dan Jelas

♥ Berahsia

♥ Kawal Pertuturan

♥ 5 tanda si DIA masih ingat KEKASIH LAMA ♥

♥ Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman wanitanya . Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman wanitanya , sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia .

♥ Simpan gambarnya . Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia sudah tidak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar , tapi usah dibiarkan . Bahaya tu ! Bermakna kenangan antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya .

♥ Sikapnya sering berubah-ubah . Semalam layanan yang diberikan cukup mesra . Hari ini , dia seolah-olah cuba menjauhkan diri . Jika ini berlaku , bermakna dia masih terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman wanitanya .

♥ Berpura-pura gembira . Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasihnya ialah dengan berpura-pura gembira . Dia bersikap sperti tiada apa-apa yang berlaku , sedangkan dia sebenarnya sedang menahan rasa sedih .

♥ Dia mengajak kamu membina hubungan yang lebih serius dengan tergesa-gesa . Misalnya , berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak menjalin hubungan yang serius . Dia sebenarnya cuba menutup perasaan bahawa dirinya masih berbelah bagi dan untuk menyelamatkan keadaan , dia cuba membina komitmen baru .

KALAU ♥


Kalau awak rindukan saya , pejamkanlah mata , saya pasti muncul dalam mimpi awak .
Kalau awak teringatkan saya , lihatlah potret saya dan awak pasti akan tersenyum .
Kalau awak sedih , sebutlah nama saya , pasti awak akan tersenyum kembali teringat kembali pesanan saya .
Kalau awak gembira , jangan lupa pada saya kerana saya juga turut gembira melihat awak tersenyum bahagia .
Kalau awak kecewa , lihatlah 'kenangan' yang pernah saya titipkan pada awak .
Kalau awak sayangkan saya , ketahuilah saya juga merasakannya .
Tak kira apa yang awak rasakan , saya sentiasa ada di sisi awak .