Menjadi seorang yang peramah
♥ Jadilah seorang yang peramah , mudah didekati dan mudah diajak . Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semula jadi , orang lain akan berasa selesa di sampingnya . Maka ambillah inisiatif ini terlebih dahulu untuk menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara . Dengan cara ini , seseorang itu terlihat lebih peramah . Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja .
Jadilah diri sendiri
♥ Cuba jadi diri kita sendiri dan jangan meniru gaya orang lain yang kita rasa POPULAR . Setiap personaliti yang baik akan membuatkan orang menyenagi sikap kita . Sebaliknya , dengan meniru gaya orang lain hubungan persahabatan takkan kekal lama . Hal ini adalah untuk mengelak daripada rakan menuduh kita bersifat pura-pura . Jangan lupa bahawa kamu adalah kamu . Oleh itu jadilah diri kita yang sebenarnya .
Pendengar yang baik/setia
♥ Jadilah seorang pendengar yang baik . Apabila orang lain sedang berkongsi , beri peluang kepadanya untuk mengucapkannya sampai habis . Jangan pula kita yang menguasai setiap perbualan . Memang benar , agak sukar untuk menjadi seorang pendengar yang setia tapi melalui sikap ini hubungan kita dengan rakan akan bertambah akrab . Jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa tapi tidak bercakap langsung ! Ini akan menimbulkan rasa bosan pada rakan kita itu .
Aktif
♥ Sentiasa penuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan positif . Melalui aktiviti-aktiviti ini , secara tidak langsung , kita akan dapat menambah kenalan baru .
Hindari tekanan
♥ Setiap orng tidak dapat lari dari tekanan / 'tension' . Jangan jadikan masalah ini pengahalang hubungan antara kita dengan rakan . Oleh itu cuba elakkan dari mengahadapi tekanan . Jangan bebankan masalah yang kita hadapi kepada rakan kita . Seorang yang baik tidak kaan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya .
Peranan Mata
♥ Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara , pandang ke arahnya terutama pada mata . Dalam hal ini , menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya . Denagn cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra . Jangan memandang ke arah lain kerana kita seolah-olah tidak menyenangi kehadirannya/tidak menyukainya .
Kenapa Perempuan Masih Teringat Kat Ex-Bf?

DALAM BAB NI, LEBIH DITUMPUKAN KEPADA PEREMPUAN YANG ADA BF ATAU PASANGAN YANG BARU . KALAU STILL SINGLE TU BAB LAIN YA.
1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.
Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.
2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.
Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.
3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidang terjun
Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu
4.Anda benci Lelaki
Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!
5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!
Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud
Subscribe to:
Posts (Atom)

